Other articles
Our most recent articles
Selamat Hari Raya Pakcik Kucing
Nak Balik Raya~~
Published on 14 Jun 2018

Assalamualaikum warga2 peace sekalian. Pakcik masih lagi menaip dengan gigihnya walau pakcik x sahur
semalam. Pakcik menaip artikel ni pon sekarang pakcik masih lagi ada kat pejabat *nangis bawah meja*.
Adik-adik sekalian, Malam ni berakhirlah bulan ramadhan bulan yang paling mulia dalam semua bulan2
yang ada. Pakcik harap adik2 semua dapat bersama2 merasa nikmat dan keberkatan di bulan ramadhan yang mulia ini.
Tanggal 14 Jun 2018 bersamaan dengan 29 ramadhan 1439H adalah hari terakhir kita
menyambut ramadhan pada tahun ini. Pakcik balik malam ni. X jauh pon nun kat kota tinggi. Kih3. Tapi memang macam nak nangis pon ada sebabnya dulu masa pakcik malam pesta muda-mudi, time macamni la pakcik tolong nenek dan atuk buat ketupat, bakar sate, beli arang, buat api sampai hitam muka pakcik tapi memang dh hitam campur lagi arang. x boleh bayangkan la hitamnya mcmmne.
Dah la jangan hina pakcik lagi *tukar topik*. Adik-adik peace sekalian, hormat orang tua, minta maaf
kat ayah dan ibu adik-adik selagi masih sempat. Raya puas2. Tinggalkan dulu gadjet-gadjet yang adik2 ada.
Tolak ketepi. Fokus keluarga. Gadjet boleh dibeli dik, ibu dan ayah x de jual dik.
Ingat ade jual ke Rm1.50 ikat tepi. Puiiii. Ter emo pulak pakcik.
Balik kampung hati-hati cakap dengan ayah jangan mengantuk. Kalau bole teman ayah tu ajak berbual
atau ajak je ayah tu main peacehotel. Hah! Idea yang bernas. *Gentel Misai*.
Cakap pasal mengantuk ni, Pakcik nak kongsi simptom-simptom mengantuk masa berada di jalan raya.
Kita panggil dia MICROSLEEP.

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat
singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous' *kalau x tau bole
google ye**pakcik ingat monopose tdi*. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.
Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan
secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.
Jadi adik-adik tolong ambil berat soal ini. Teman ayah adik-adik bila memandu. Jangan keje ko membuta je tau.
Nak duet raya tapi bile balik kampung kalau 4 jam balik 4 jam kau membuta.
Kalau bole makan pon ko nak sambil tido. Okey Adik-adik. Sampai sini je la rasanya pakcik nak menulis.
Bukan penat tapi nak nangis ni. Tadi adik pakcik video call, meriah kat sana tengah bakar sate.
Akhir kata dari Pakcik Kucing, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari PakCik Kucing. Teruskan
Bersama PakCik Kucing Selepas Raya. Mungkin Nanti Pakcik nak buat event
"Kongsikan gambar2 raya anda". Hadiah Lumayan akan pakcik sediakan. Aummm
Yang Menulis Dan Menangis,
Pakcik Kucing Yang Menangis
P/S: Owner Peace Yang Baru Ni Tak Nak Bagi Duit Raya Ke??? Huhuhu
P/S: Anda Memiliki Idea-Idea Yang Bernas Dan Terlajak Kreatif??? Komen Idea-Idea Anda Sekarang
Di Bawah. Hadiah Yang Lumayan akan Diberi Jika Topik Anda Dipilih Oleh Team PakCik Kucing.
P/S: Join Badge Pakcik Adik-adik.
Comments
Below you will see all the comments, written on this article