Pemilihan Calon Sidang Peace

#JomMemilih

Published on 15 Dec 2018



Pencalonan untuk Sidang Peace kini bermula!





Sidang Peace merupakan suatu pengenalan semula terhadap Persidangan Agung Peace, dimana konsep asalnya adalah seperti sistem demokrasi yang mengikut penggal. Namun, kami telah membuat pembaharuan untuk melibatkan ANDA, selaku para pengguna dalam proses mengenalpasti isu-isu yang wujud di kalangan pengguna serta suatu pendekatan baharu dalam mengeratkan hubungan antara pengguna dan barisan Staff Peace.

Secara ringkasnya, Sidang Peace akan diwakili oleh seorang (1) Wakil dari Staff, seorang (1) Wakil dari Experts, serta lima (5) orang wakil dari penggunaSetiap penggal kekal selama 30 hari, dimana ianya akan terbubar setelah mencapai hari tersebut. Selepas pembubaran, akan ada proses pemilihan calon baharu untuk penggal seterusnya.



Untuk pencalonan wakil dari pengguna, kami telah membuat pengumuman rasmi di IG Story pada semalam. Namun, anda masih mempunyai peluang untuk mencalonkan nama anda sebagai wakil dari pengguna untuk Sidang Peace. Terdapat tiga (3) cara dimana anda boleh:

Berikan nama anda kepada pengguna yang bernama BigDaddy01
DM nama pengguna anda kepada Instagram kami - @officialpeacehotel
Hantar nama pengguna anda di Feedback Form

Tarikh tutup pencalonan adalah pada
15 Disember 2018 (Sabtu) jam 6.00 p.m.


Kami akan umumkan calon-calon wakil dari pengguna selepas tarikh tutup pencalonan.
Pengundian untuk memilih wakil users pula akan bermula pada *16 Disember 2018 (Ahad)

*Akan diumumkan semula selepas pengumumam calon




Add

Comments

Below you will see all the comments, written on this article