Security News

Berkenaan isu yang baru terjadi..

Published on 25 Dec 2018

Assalamualaikum dan Hai buat semua warga Peace Hotel.

Pada 24 Disember 2018 jam 9 malam, kami mengesan suatu aktiviti yang mencurigakan dimana akaun salah seorang dari barisan staff kami telah digodam oleh sekumpulan penggodam melalui teknik cookies, seterusnya mencuri kata laluan yang disimpan oleh staff tersebut. Hal yang demikian telah menimbulkan isu yang agak serius buat ekonomi Peace Hotel. Berikut adalah kronologi  serangan dari kumpulan penggodam tersebut.

  1. Beberapa hari yang lalu, seorang penggodam telah menggodam salah seorang staff kami melalui teknik cookies, serta mencuri kata laluan akaun beliau.
  2. Walau bagaimanapun, kami telah memperbetulkan isu tersebut, namun staff demikian tidak menukar kata laluan akaunnya.
  3. Pada 24 Disember 2018 jam 9 malam, staff tersebut mendapati bahawa akaunnya tidak dapat diakses serta telah ditukar kata laluan.
  4. Penggodam tersebut telah reset beberapa akaun owner lama yang wujud di barisan staff kami.
  5. Kami percaya ada penglibatan staff lama kerana penggodam tersebut dapat mengakses housekeeping kami yang mempunyai kata laluan khas.
  6. Kami juga yakin bahawa lebih dari seorang penggodam melakukan kegiatan ini kerana akaun yang disyaki digodam tersebut telah online secara serentak
  7. Developer kami telah mengambil tindakan dimana meletakkan Peace Hotel di dalam mode Maintenance.
  8. Setelah perbincangan dilakukan, kami bersetuju untuk memulihkan Peace melalui database yang telah di back up secara harian.
  9. Kerja-kerja pemulihan dilakukan bermula jam 9.30 malam, dibantu oleh Developer serta Owner Peace.
  10. Kerja pemulihan telah berjaya dengan sempurna pada 25 Disember 2018, jam 12 pagi.

Diingatkan bahawa TIADA MAKLUMAT PERIBADI YANG TERDEDAH akibat dari perbuatan jenayah ini. Untuk pengetahuan anda. Kami telah memulihkan database Peace Hotel ke backup yang paling terbaharu iaitu pada 24/12/2018 jam 4.00am.

Untuk langkah keselamatan tambahan, kami mencadangkan anda supaya:-
  • Tukar kata laluan sedia ada
  • Kosongkan cookies dan cache akaun anda

Kami memohon maaf atas masalah yang timbul dari pihak kami. Sebarang informasi berkenaan dengan aktiviti ini, boleh berhubung terus dengan kami melalui feedback forms ataupun berjumpa dengan staff kami.
Add

Comments

Below you will see all the comments, written on this article