Other articles
Our most recent articles
Peace Awards 2018 [FASA 1]
Kini Kembali Lagi!
Published on 26 Dec 2018
PEACE AWARDS 2018
Peace Awards merupakan suatu majlis penganugerahan khas yang diadakan secara tahunan untuk memberi anugerah kepada users dan staff yang terpilih dalam pencalonan. Ia juga adalah suatu tanda penghargaan kepada users dan staff yang telah banyak membantu mengukuhkan lagi Peace Hotel pada tahun ini.
Walaupun terdapat pelbagai kekangan dari segi teknikal dan pengurusan, kami tetap bertungkus lumus untuk menjayakan majlis Peace Awards 2018. Dibantu oleh kombinasi users, experts dan staff, kami telah merangka acara khas ini supaya dapat dijalankan dengan jayanya!
![]()
Apakah ganjaran untuk para pemenang Peace Awards 2018?
Para pemenang Peace Awards bakal memperoleh sebuah piala, serta hadiah khas sebagai anugerah buat memenangi dalam majlis ini.

Bagaimana sistem undian berfungsi?
Secara ringkasnya, undian ini akan melalui 2 Fasa, dimana Fasa 1 akan dibuka pada 23 Disember 2018 (Ahad) sehingga 28 Disember 2018 (Jumaat) jam 5.00 p.m. Sepanjang tempoh ini, anda boleh mencalonkan sesiapa sahaja mengikut kategori yang telah disediakan.
Fasa 2 akan bermula pada 28 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 29 Disember 2018 (Sabtu) jam 5.00p.m. dimana 3 jam sebelum anugerah bermula! Keputusan akhir hanya akan diketahui pada malam majlis ini berlangsung.
Dimana dan bila anugerah ini akan berlangsung?
Anugerah ini dijadualkan berlangsung pada 29 Disember 2018 (Sabtu), bermula jam 8.00 p.m. Room khas yang bernama Peace Awards 2018 akan dibuka pada hari tersebut. Dimaklumkan bahawa sepanjang majlis berlangsung, tiada event akan dijalankan.
Apakah tema pemakaian untuk malam anugerah ini?
Tema pemakaian pada tahun ini adalah RED and GRAY.


Anugerah User Lelaki Paling Kelakar
Kategori User Perempuan
Jadi, anda baru sahaja melihat senarai kategori yang telah ditetapkan bukan? Apa tunggu lagi? Anda diberi peluang untuk meletakkan pencalonan untuk Peace Award 2018 dimana nama yang paling ramai dicalon akan diletakkan Top 5 pencalonan terbaik setiap kategori. Artikel seterusnya hanya akan menyenaraikan Top 5 untuk setiap kategori sahaja. Tanpa melengahkan masa, anda boleh meletakkan nama pencalonan di bawah. Hanya tekan button submit untuk membuat pencalonan baharu!
Tarikh undian ditutup adalah pada hari Jumaat, jam 5.00 p.m. Anda dibenarkan mencalonkan diri sendiri tetapi hanya 2 kategori sahaja. Anda tidak boleh mengundi orang yang sama melebihi 4 kategori.
Semoga Berjaya!
Comments
Below you will see all the comments, written on this article
