Other articles
Our most recent articles
Scamming & Advertising
Apa yang berlaku di Peace Hotel sekarang?
Published on 29 Apr 2020


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakyat Peace Hotel. Sejak kebelakangan ini, pihak barisan staff Peace Hotel menerima banyak aduan mengenai penipuan / scamming dari segi betting atau perniagaan yang terjadi di Peace Hotel. Penipuan ini datang dari pelbagai cara, seperti contoh penjual meminta pembeli membayar dahulu sejumlah wang sebelum transaksi diteruskan, namun penjual membuat keputusan untuk lari dengan wang tersebut setelah pembeli membuat pembayaran.
Bagaimana cara untuk elakkan diri daripada ditipu / discam?
>Membuat screen recorder sebelum membuat transaksi ataupun bet (Download aplikasi screen recorder di Google)
>Elakkan daripada bet dengan user yang mencurigakan.
>Pastikan harga pembelian yang anda buat ialah munasabah. Jangan percaya jualan rares yang terlalu murah.
>Sekiranya ada pihak staff yang tidak sibuk, anda boleh panggil kami untuk memantau situasi.
Mengapa screen recorder penting? Kerana ia akan menjadi satu satunya bahan bukti untuk pihak staff menilai sama ada penipuan yang berlaku itu sahih ataupun tidak. Kami pihak staff tidak boleh rujuk chatlog semata-mata sekiranya berlaku penipuan / scamming dan jadikannya ia sebagai bahan bukti kerana kami bukan saksi kejadian dan bukti tersebut tidak kukuh untuk menghukum seseorang.
Pihak staff tidak dapat membantu user yang discam sekiranya tiada bukti screen recorder. Oleh itu, install screen recorder dan rakam sebarang kejadian betting ataupun transaksi yang bakal berlaku untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini. Walaupun ini mungkin leceh bagi sesetengah orang, namun perkara ini yang dapat membantu menyelamatkan wang atau rares anda daripada ditipu. Mencegah itu lebih baik daripada merawati.
Kami tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman yang berat kepada pesalah laku scammer sama ada hukuman berkaitan
trade ban, tindakan sita credits/rares ataupun account ban
sekiranya anda didapati bersalah. Segala penipuan atau scam boleh diadukan kepada Preme ataupun Nabil. Elakkan daripada membuat aduan kepada staff lain kerana mereka mempunyai banyak kerja lain dan mereka tidak menguruskan perkara-perkara seperti ini kecuali kami berdua buat masa sekarang.


Kami juga peka dan sedar bahawa sejak kebelakangan ini, banyak hotel lain yang menjadikan Peace Hotel sebagai sasaran untuk mengiklankan atau mempromosikan hotel retro yang lain. Kami tidak teragak-agak untuk terus menjatuhkan hukuman
Mute, Ban, IP Ban dan Machine IP Ban
kepada mana mana user terlibat dalam mengiklankan atau mempromosikan link hotel lain sama ada secara sengaja ataupun tidak di Peace Hotel.
Peace Hotel sentiasa memberikan yang terbaik untuk kepuasan dan kegembiraan user-user di hotel kami dapat dicapai. Kami juga memerlukan bantuan dan kerjasama daripada user Peace Hotel sendiri untuk membantu kami pihak staff dalam membanteras isu advertising yang giat dijalankan di hotel kami sekarang. Oleh itu, kami pihak staff telah sebulat suara bersetuju untuk memberikan ganjaran kepada user yang membuat aduan/report sekiranya user ternampak pihak yang membuat advertising sama ada secara terang terangan ataupun personal chat.

Badge ini akan dianugerahkan kepada user yang membuat aduan advertising kepada pihak staff.
Anda mempunyai apa-apa bantuan atau soalan mengenai scamming/advertising yang berlaku di Peace Hotel? Anda boleh hubungi Preme / Nabil di hotel ataupun hubungi Discord kami.
Preme: Sai#5888
Nabil: nbljad#2731

Preme & Nabil
Comments
Below you will see all the comments, written on this article