Cyberbullying Alert!

Be aware with us

Published on 05 May 2020


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada warga Peace Hotel! Sebelum memulakan isu tersebut, kami mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak user yang rajin menjadi aktif dan membantu pihak staff memeriahkan suasana di Hotel kami. Tanpa anda semua, kita tidak akan mendapat sambutan hangat terhadap Big Event yang dijalankan pada Sabtu minggu lepas.

Namun begitu, ada beberapa isu hangat telah berlaku di Peace Hotel dan juga isu-isu yang disampaikan kepada pihak staff iaitu gejala buli siber.

Kami ingin menegaskan bahawa kami ingin mencipta sebuah komuniti yang aman dan damai di Hotel kami. Oleh itu, perbuatan-perbuatan yang berunsurkan sifat negatif seperti gejala buli siber amatlah tidak dibenarkan sama sekali untuk dilakukan.



Untuk makluman anda semua, gejala buli siber boleh dikategorikan mengikut perbuatan-perbuatan tersebut :

 

• Membuat ancaman yang serius terhadap user lain.

• Berkata-kata kasar atau dalam bentuk makian kepada user lain.

• Membuat sebarangan tindakan drastik yang negatif terhadap user lain.

• Menyebarkan berita palsu atau khabar angin yang tidak bermanfaat terhadap user lain.

• Membuat golongan puak yang berniatkan untuk membuli user lain.

• Sebarang perbuatan negatif yang mampu memberi kesan dalaman terhadap user lain sehingga memberi tekanan stres dan depresi yang melampau.

 

Kami tidak sesekali membenarkan gejala ini untuk berleluasa di Hotel kami kerana ia adalah satu kesalahan yang serius yang boleh membuat anda dipandang serong. Jika kami mendapati ada di kalangan user masih meneruskan perbuatan mereka dalam gejala tersebut, mereka akan dikenakan amaran keras dan pihak staff akan mengambil tindakan terhadap mereka.

 


 
Dengan ini, kami harap tiada lagi isu-isu yang berkaitan dengan gejala tersebut pada masa yang akan datang. Moga-moga kita semua mengambil iktibar dan menjaga diri masing masing. 

 

 

 

Take care and stay safe everyone! 
Play safe and have fun, laughing


- Naomi




 

Add

Comments

Below you will see all the comments, written on this article