[CONTEST] Raya Storytelling

Adakah anda mempunyai bakat dalam penceritaan?<br>Tonjolkan bakat anda!

Published on 28 May 2020



Assalamualaikum dan apa khabar semua? Bagaimanakah perayaan Raya korang setakat ini? Kami yakin bila sudah masuk Raya kedua, mesti ada yang sudah duduk dekat rumah menyiapkan assignment, habiskan kuih raya, tidur, dan sebagainya.


Untuk mengisi masa korang yang lapang ini, kami ada buat satu contest, iaitu Raya Storytelling. Kami tahu korang sudah lama tidak mengarang cerita akhir-akhir ini, jadi apa kata korang refresh sikit minda korang?





Cerita apakah yang kami mahu? Ceritakan bagaimanakah pengalaman korang sepanjang bulan puasa atau waktu raya ataupun nak masukkan kedua-dua sekalipun boleh, tak kisahlah tahun ini ke, tahun lepas ke, tahun lepas lepas lepas ke... boleh jadi masa bulan puasa korang terigin sangat nak balik beraya di kampung tapi tak ketersampaian ke. Ataupun ketika mahu pulang ke kampung berlaku satu tragedi. Ikut kreativiti korang, this is your story.


Markah akan diberi berdasarkan 3 kriteria,
iaitu jalan penceritaan, kreativiti, dan tatabahasa.




❖ Pastikan mengikut tema yang ditetapkan, iaitu Puasa/Raya.

❖ Bebas untuk mengarang dalam sebarang bentuk penceritaan korang, samada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Contohnya, secara tulisan tangan, menaip dalam Words, atau membuat video.

❖ Bebas menggunakan sebarang website, app ataupun apapun cara untuk upload cerita korang. Contohnya, wattpad, Imgur, Youtube...

❖ Walaupun "bebas", perlu diingatkan, kegiatan plagiarism sangat lah tidak sihat, dan submission anda akan disqualified.

❖ Tiada had patah perkataan. Kami tidak kisah panjang mana cerita korang itu, asalkan mempunyai kualiti yang bagus. Quality over quantity.

❖ Pastikan tiada unsur-unsur yang tidak sesuai dimasukkan dalam cerita korang, tidak kira dalam apa-apa bentuk pun. Kami mahu membaca kisah berdasarkan tema di atas, bukannya membaca benda bukan-bukan.





Hadiah lumayan menanti korang kepada yang dipilih sebagai Top 3! Kerana kami tahu, cerita yang terbaik layak menerima hadiah yang lumayan.



Tempat Hadiah
RM25 + Badge
RM15 + Badge
RM10 + Badge
Hadiah Penyertaan

Badge

Sekiranya korang tidak terpilih dalam Top 3, jangan risau. Kami menyediakan badge istimewa untuk korang, yang dijamin semua akan dapat sekiranya korang menghantar cerita kepada kami serta mematuhi rules di atas.



Bersedia untuk menghantar penyertaan korang? Klik pada butang "Submission" dibawah.

Tarikh tutup penyertaan;

4 Jun 2020, 12:00AM



Sebarang persoalan, boleh berjumpa dengan Nik atau Emrys.
Kami mengucapkan, semoga berjaya dan Selamat Hari Raya!


Kolaborasi antara;
Nik dan Emrys


>Klik di sini untuk melihat pertandingan selfie Raya di Instagram kami<
Add

Comments

Below you will see all the comments, written on this article