Pengumuman Penting

Semoga berjumpa lagi!

Published on 09 Jun 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Alts (Peace Developer) disini. Disini saya ingin mengumumkan beberapa pemberitahuan penting  berkenaan Peace Hotel MY.

Pertama sekali, saya mewakili barisan pengurusan Peace Hotel MY ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna yang masih kekal setia bersama kami sehingga ke hari ini.

Setelah beberapa sesi perbincangan lanjut dibuat antara badan berkepentingan dan pengurusan Peace Hotel MY, kami telah bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan Peace Hotel MY sepenuhnya pada 20 Jun 2022 12.00 a.m. Keputusan ini telah dibuat atas beberapa faktor kritikal, antara yang utama adalah disebabkan kekangan masa antara badan pengurusan untuk memberi komitmen yang secukupnya kepada Peace Hotel MY, serta penurunan pengguna yang drastik sejak akhir-akhir ini.

Untuk makluman, pada awalnya kami bercadang untuk menamatkan perkhidmatan pada 13 Jun 2022, walau bagaimanaoun ianya ditangguhkan untuk memberi masa kepada pengguna untuk melawat Peace Hotel MY buat kali yang terakhir.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna yang telah menyokong kami sejak pembukaan semula pada Mac 2020. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan pengurusan terkini dan bekas pengurusan di atas perkhidmatan dan penglibatan anda sepanjang operasi Peace Hotel MY.

Di masa akan datang, sekiranya kami berkesempatan untuk membuat 'comeback' semula, kami akan memperkenalkan beberapa pembaharuan baharu yang telah pun dirancang ketika ini berdasarkan maklumbalas yang diterima sepanjang tempoh pengoperasian kami.

Akhir sekali, saya mewakili para barisan pengurusan Peace Hotel MY ingin memohon maaf untuk sebarang keterlanjuran kata, kekasaran bahasa dan ketidakcekapan pengurusan sepanjang kami mengendali Peace Hotel MY.

Signing off..
Alts
(CTO/Lead Dev)
Add

Comments

Below you will see all the comments, written on this article

DaNgErZ

bagus.. dri buka tutup buka tutup baik tutup je..

3 years ago