Keselamatan Peace

Keselamatan anda , keutamaan kami.

Published on 07 Dec 2014





Disebabkan ada begitu banyak kes yang melibatkan keselamatan pengguna, kami, pihak Staff terpanggil untuk mendedahkan kes-kes ini supaya semua pengguna lain berhati-hati apabila melakukan sesuatu.






1. Begitu banyak kes scamming atau penipuan yang sering berlaku antara pengguna yang melibatkan diri dengan permainan antara 2 individu, seperti betting di casino. Selepas ini, sekiranya tidak mempunyai bukti bergambar atau bervideo, pihak Staff tidak akan lagi melayan anda.



2. Sekiranya anda dibuli seperti dilontarkan perkataan kesat. Sila click pada user tersebut,click 'Moderate' dan 'Ignore' (Click user -> Moderate -> Ignore).



3. Anda dinasihatkan supaya tidak melayari mana-mana hotel yang diajak oleh sesiapa, walaupun rakan anda. Ini kerana mereka mungkin akan dapat mengetahui password anda sekiranya anda join hotel mereka. Untuk keselamatan, sila report dengan serta merta.



4. Anda dinasihatkan supaya tidak memberi password anda kepada sesiapa, termasuk rakan anda. Sekiranya ditangkap anda & rakan anda akan di ban mengikut 'Rules' yang akan dikeluarkan.



5. Jangan memberi password anda kepada mana-mana eXperts atau pihak Staff. Sekiranya ada yang meminta password anda, sila report dengan serta merta.



6. Semua pengguna dilarang menjual/membeli credits atau rares menggunakan duit sebenar (Molpoint, prabayar & lain-lain). Majoriti penjual adalah penipu, walaupun penjual itu adalah jiran anda. Tindakan keras akan dikenakan kepada kedua-dua penjual & pembeli.






Seperti dinyatakan, 'Peace Rules' akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh Pihak Staff. Segala kesalahan & hukuman hendaklah dirujuk melalui 'Peace Rules'. Mari bersama kita memastikan hotel ini mempunyai persekitaran yang sifar-penipuan (zero-scamming environment).


- Bershka (Senior Moderator)

Add

Comments

Below you will see all the comments, written on this article