Other articles
Our most recent articles
Raudhah Ramadhan
Asalamualaikum pada hari jumaat yang mulia kepada warga peace muslimin dan muslimat :)
Published on 10 Jun 2016
Haai Semua !

Macam mana buat kepada abang, akak dan adik2 sekalian puasa kali ini? Alhamdulillah kita sudah menjejaki hari yang ke-5 berpuasa di bulan yang indah ini kan. Apa yang saya ingin kongsi disini hanyalah sekadar satu medium dan tidak akan sesekali menyentuh perihal politik dan isu isu sensetif . Seperti yang kita semua tahu Allah s.w.t telah memberi peluang keemasan ini setahun sekali sahaja. Amalan sunat diberikan pahala fardu, amalan fardu dilipat gandakan pahalanya berganda-ganda. Maka rebutlah peluang ini sebaik-baiknya. Sesungguhnya Ramadhan ini merupakan hadiah dari Allah buat hamba-hambanya. Rugilah sesiapa yang menolak hadiah Ramadhan yang sangat berharga ini kan?
Persepsi bahawa puasa ini meletihkan dan melemahkan sebenarnya tidak benar sama sekali. Lihat sahaja orang-orang terdahulu, mereka bertempur di medan perang ketika Ramadhan, mereka meluaskan ajaran Islam ketika Ramadhan. Mereka juga berpuasa, tetapi mereka tidak lembik. Puasa bagi mereka bukan melemahkan bahkan menjadikan mereka lebih kuat. Mereka juga tidak lupa untuk menghidupkan malam hari dengan ibadah meskipun telah memerah keringat di siang hari, lambang mereka sangat menghargai hadiah Ramadhan dari Allah. Jika mereka boleh, why kita not? Sedangkan kita telah disediakan dengan pelbagai kemudahan yang memudahkan kita dalam pelbagai urusan. Kita bukannya bekerja dan berehat di bawah terik matahari. Bahkan kita berurusan di dalam bangunan-bangunan berhawa dingin. Sometimes kemudahan di sekolah mahupun campus universiti pun menyediakan penghawa dingi tauu. Kita bergerak ke sana ke mari dengan kenderaan bermotor, bukannya berjalan kaki. Kita juga dikurniakan Allah nikmat makanan yang melimpah ruah untuk bersahur dan berbuka. Maka apa lagi alasan kita? Jadi! Tanpa melengah kan lagi , saya akan membawa segment cerita tentang hamba Allah yang sangat tampan seperti mana yang kita kenali... iaitu?
Kisah Nabi Yusuf AS
Nabi Yusuf adalah putra Nabi Yaqub AS, adik-beradik Nabi Yusuf berjumlah sebelas orang. Sejak kecil Yusuf telah menunjukkan sikap yang terpuji, ia anak yang taat dan patuh kepada orang tuanya. Oleh kerana itu, ayahnya lebih menyayangi Yusuf dari pada saudaranya yang lain sehingga menyebabkan perasaan iri saudaranya dan timbul lah niat jahat di hati mereka. Saudara-saudaranya ingin membuang dan membunuh Yusuf, pada suatu hari mereka berkata kepada Ayahnya, kami akan mengajak Yusuf bermain dan berburu tetapi Ayahnya melarang.
"Percayalah Ayah, kami akan menjaga Yusuf".
kata mereka dengan senang hati Yusuf pun mengikuti saudara-saudaranya ke hutan. Saudara-saudaranya sepakat untuk membunuh Yusuf, akan tetapi ada yang memberi cadangan lain supaya Yusuf dibuang saja ke dalam sumur. Akhirnya, Yusuf dimasukkan ke dalam sumur. Allah S.W.T melindungi Yusuf di dalam sumur itu dan ia ditolong oleh rombongan kafilah yang sedang menimba air. Yusuf dijual kepada seorang menteri di Kerajaan Mesir. Pada keluarga ini Yusuf tumbuh menjadi pemuda yang cerdas, tampan, berbudi dan berakhlak baik.
Selama ikut keluarga ini, Yusuf diperlakukan sangat baik oleh isteri menteri Mesir. Isteri menteri Mesir itu bernama Zulaikha. Kalau anda ingin tahu, sesiapa sahaja yang melihat wajah Nabi Yusuf AS akan jatuh hati kerana ketampanan yang diberi anugerah oleh Allah S.W.T . Penghuni di istana tersebut berebut-rebut menawan hati Yusuf termasuk la Zulaikha sendiri. Pada suatu hari ia melaporkan kepada suaminya. Zulaikha telah fitnah bahawa Yusuf telah berbuat jahat kepadanya dan akhirnya Yusuf dimasukkan ke dalam penjara beberapa tahun lamanya. Hakikatnya sebenarnya , Yusuf sebenarnya tidak bersalah. Pada suatu hari Raja Mesir bermimpi yang aneh, ia melihat tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk dan ketujuh lembu betina itu dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus. Raja tersebut ingin mengetahui perkara itu lalu ia mengumpulkan para penafsir mimpi dari seluruh kerajaannya. Akan tetapi, para penafsir mimpi itu tiada seorang pun dapat menjelaskan tentang pertanda mimpi Raja Mesir tersebut. Lalu, Raja Mesir tersebut meminta Yusuf kemari setelah mendengar beberapa berita di penjara tentang kejaiban cerita Yusuf kepada semua orang di dalam penjara tersebut. Yusuf yang sedang dipenjara datang kepada Raja tersebut menerangkan pertanda mimpi Raja tersebut dan Yusuf berkata,
bahawa Negeri Mesir akan menjadi makmur selama tujuh tahun, kemudian akan mengalami musim kekeringan selama tujuh tahun pula.
Yusuf telah berpesan agar rakyat berjimat-cermat untuk menyimpan bahan makanan sepanjang tahun tersebut. Dengan demikian, pada musim tersebut telah tiba , Kerajaan Mesir tidak mengalami kelaparan setelah mendengar nasihat oleh Nabi Yusuf AS. Raja Mesir sangat terkejut dan berpuas hati dengan pesanan yang telah diberitahu oleh Yusuf adalah benar berlaka dan kemudian Yusuf dibebaskan dari penjara. Yusuf diangkat menjadi pegawai di Kerajaan Mesir. Kerana kepandaian dan kecerdasan Yusuf, ia diangkat menjadi Menteri. Allah S.W.T telah memuliakan Yusuf menjadi Menteri dan Rasul. Mendengar Yusuf menjadi Menteri dan Nabi, keluarganya sangat senang dan berangkatlah Nabi Yaqub dan anak-anaknya ke Mesir. Nabi Yusuf menyambutnya dengan senang hati. Nabi Yusuf memaafkan semua saudara-saudaranya yang pernah menganiayanya. Nabi Yusuf seorang Nabi yang memiliki kesabaran yang luar biasa. Akhirnya semua keluarganya tinggal di Mesir. Mukjizat Nabi Yusuf adalah :
Ahli menafsirkan segala mimpi.
Bajunya dapat menyembuhkan mata bapaknya yang buta dengan diusapkan diwajahnya.
Memiliki wajah yang sangat tampan dan berakhlak yang mulia.
Beberapa quiz yang anda boleh jawab di segment cerita ini melalui : >>Sini<<
Hanya 10 orang bertuah memiliki 5000 credits
claim kepada mana-mana staff untuk reward
Sekian sahaja cerita saya pada kali ini disudahi dengan sekian terima kasih buat kepada semua pembaca . Ikuti perkembangan raudhah ramadhan semarak ramadhan yang mulia. Petir :)
Comments
Below you will see all the comments, written on this article