Raudhah Ramadhan 2

Peringatan artikel raudhah ramadhan pada hari khamis dan jumaat sahaja. Sebarang keputusan dikeluar pada hari tersebut. :)

Published on 18 Jun 2016

 

----------------Video Khas Kepada Anda------------------

Video ini tiada kaitan yang mati mahupun yang hidup. Anda dilarang judge saya huhu -Aliff aziz

Amacam? #Mudahterhibur


#Tahniaah Kepada 10 orang tersebut ! Yang lain cuba lagi :)

  • Ann
  • Fyla
  • KOman
  • Aloone
  • Rena
  • Baradabidap
  • Karim
  • Adli0977
  • SerbanHitam
  • Labella

 

Segment seterus....


Alhamdulillah seminggu lebih atau hampir dua minggu kita sudah berpuasa kan? Terima kasih buat maklum balas positif kepada anda semua. Mungkin kami akan cuba perbaiki isu semasa dan semasa. Seperti yang anda lihat minggu lepas , kita telah bercerita bagaiman insan yang terpuji oleh Allah s.w.t iaitu Nabi Adam A.S . Sebenarnya kita ingin perbanyak kan lagi cerita kisah-kisah nabi tetapi kami memohon maaf kerana kesempatan kami untuk post kepada artikel perlu juga memakan masa yang lama. Jadi saya akan cuba membawa kepada topik yang berlainan bagi setiap artikel ini. Dari Abu Hurairah, ia berkata, مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760). Abang,kakak dan adik2 sekalian , konsep ini menerangkan berpuasa atas dasar iman iaitu berpuasa kerana menyakini akan kewajiban puasa. Sedangkan yang dimaksud ihtisab adalah mengharap pahala dari Allah s.w.t . Apa yang cuba disampai kan Petir , pernah tak anda semua terfikir " alaa puasa ni memang penat tapi aku tidur bangun balik asar mesti nak dekat bukak puasa. Tak pun "Aku puasa tahun ni mesti dapt duit rm100 dari mak bapak aku wuissh kaya " tak juga " Aduu terpaksa ah puasa kalau tak semua pukul aku". Lihat disitu , setiap nawaitu iman kita tu amat penting tauu , sebab benda yang kita akan buat perlu mengharap kan ganjaran oleh Nya . Bukan semata2 manfaat atau ganjaran di dunia tanpa membuat dengan kerelaan . Petir juga tidak sempurna untuk memberi ceramah yang buat orang dengar kepada kita, tetapi apa yang Petir mahu anda semua untuk berfikir kehidupan di dunia ini bukan sahaja untuk menghabiskan masa atau pun mengganggap kita lahir, kecil, dewasa, tua, dan akhirnya mati untuk meninggalkan dunia dan habiskan waktu hanya dengan makan, minum, tidur, bersenang-senang, dan perkara yang sia-sia. tidak ada tujuan dari penciptaan manusia di dunia ini. Ini jelas merupakan kekeliruan yang sangat nyata. Bertentangan dengan akal dan naluri manusia. Dan yang jelas, bertentangan dengan hikmah perbuatan Allah S.W.T. Penciptaan manusia bukan hanya sekadar permainan dan sia-sia, namun ada hikmah besar yang terkandung di dalamnya. Jadi Petir berharap perbuatan dengan nawaitu yang baik bermula daripada pengetahuan yang baik buat diri sendiri like macam #hashtag petir #Stayhumble #BeSoleh huhu . Tanpa membuat masa kali ini ! Kita akan teruskan cerita pendek mengenai..........

tee neng nengg jeng jengggg...

Kisah Nabi Sulaiman dan Semut Merah

Nabi Sulaiman adalah nabi yang ke-19. Beliau diutus Allah untuk berdakwah di Palestina. Sebutan kaumnya adalah bani lsrail. Beliau adalah salah satu putra Nabi Daud (baca kisah nabi daud ) yang dikenal pandai, cerdas, dan bijak. Beliau mampu berbicara dengan binatang. Beliau juga menjadi pewaris kerajaan yang pernah dipimpin oleh Nabi Daud. Beliau memiliki tentera dari golongan manusia dan jin. Nabi Sulaiman memiliki isteri seorang Ratu kerajaan Saba’ yang bernama Ratu Balqis. Dari keturunannya, ada tiga orang yang diangkat Allah menjadi Nabi, yakni Zakaria, Yahya, dan lsa. Kisah ini akan menyajikan suatu cerita pada zaman Nabi Sulaiman yang kaya raya dan dianugerahi kelebihan untuk berkomunikasi dengan semua binatang yang ada di dunia ini. Salah satu kisah yang diceritakan dalam Al Qur'an adalah bahwa Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan semut. Tentu kita ingat dengan doa dari Nabi Sulaiman yang meminta kepada Allah SWT untuk dianugerahi kerajaan besar, dan tak seorang pun manusia setelahnya yang akan memilikinya. Dan doa ini dikabulkan oleh Allah SWT, dan sampai saat ini pun janji Allah untuk menepati permintaan Nabi Sulaiman telah terbukti. Bahkan Nabi kita, Rasulullah SAW juga telah menyedari akan doa Nabi Sulaiman ini dalam ayat Al Qur'an. Ketika rombongan Nabi Sulaiman a.s akan melintasi lembah yang ditempati sebagai sarang semut, dan Beliau menyeru kepada semut-semut itu agar berlindung. Atas kebijakan Nabi Sulaiman inilah semut-semut itu memberikan pujian kepada Nabi Sulaiman. Pada masa-kanak-kanak, Nabi Sulaiman sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian dalam mempertimbangkan dan mengambil suatu keputusan. Sebuah peristiwa yang menunjukkan kecerdasan dan ketajaman otak Nabi Sulaiman dibuktikan dengan kecerdasannya dalam memecahkan beberapa masalah. Salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Sulaiman adalah mengerti bahasa binatang. Suatu hari rombongan besar Nabi Sulaiman hendak menuju lembah Asgalan, dan rombongan itu terdiri dari Nabi Sulaiman dan umatnya, malaikat, jin serta binatang-binatang. Ditengah perjalanan, Beliau menyuruh rombongannya berhenti.

"Berhentilah sejenak, kita beri waktu kepada makhluk Allah untuk menyelamatkan diri," ucap Nabi Sulaiman. "Wahai Nabiyullah, mengapa kita tiba-tiba berhenti di tengah jalan," tanya salah satu rombongan. "Di depan ada lembah semut yang di dalamnya terdapat jutaan semut, mereka akan ku suruh untuk berlindung agar tidak terinjak oleh rombongan kita," jawab Nabi Sulaiman.

Dari jarak yang cukup jauh itu, Nabi Sulaiman nampaknya mendengar dialog Raja Semut yang menyuruh para semut untuk berlindung. Sungguh mukjizat yang sangat hebat! , seseorang boleh mendengar percakapan haiwan dari jarak yang jauh lagi, siapa lagi? dialah Nabi Sulaiman AS, Raja segala raja yang pernah hidup di dunia ini, dan tak pernah ada seorang rajapun di dunia ini sehebat Beliau.

"Hai semut-smut, masuklah kalian ke dalam sarang agar selamat dan tidak terinjak oleh rombongan Nabi Sulaiman," ucap Raja Semut.

Nabi Sulaiman tersenyum mendengar suara semut yang ketakutan itu. Ketika kaum semut itu tengah sibuk menyelamatkan diri, Nabi Sulaiman menyuruh kepada rombongannya untuk terus bersyukur kepada Allah SWT. Sungguh Anugerah Allah, meskipun diberi kekuatan hebat pun Nabi Sulaiman ini tidak pernah sombong, rasa syukur yang selalu Beliau ucapkan. Setelah beberapa saat berhenti, Nabi Sulaiman dan rombongannya kembali meneruskan perjalanan. Ketika melintasi lembah semut itu, Nabi Sulaiman dan rombongannya mendapatkan pujian dari Raja Semut. Kaum semut bersyukur kerana sarangnya tidak rosak oleh rombongan Nabi Sulaiman.

"Kami takjub kepada Nabi Sulaiman yang memahami bahasa binatang, sehingga tidak ada satupun yang terbunuh diantara kami," kata Raja Semut.

Kisah ini merupakan dan dipetik dari ayat Al Qur'an surat An-Naml ayat 18 yang ertinya, "Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari." (QS. An-Naml: 18). Walaupun cerita ini pendek dari segment minggu lepas , tetapi banyak lagi mukjizat dan kelebihan Nabi Sulaiman AS. Maanfat dari cerita ini untuk mengajar kita supaya sentiasa merendah diri kerata kelebihan yang dijanji kan Allah S.W.T adalah berbeza dari yang lain.. :)

Beberapa quiz yang anda boleh jawab di segment cerita ini melalui : http://goo.gl/forms/R3anbafyEjM14VB32

Hanya 10 orang bertuah memiliki 5000 credits

claim kepada mana-mana staff untuk reward

 

Sekian sahaja cerita saya pada kali ini disudahi dengan sekian terima kasih buat kepada semua pembaca . Ikuti perkembangan raudhah ramadhan semarak ramadhan yang mulia. Petir :)

 

Add

Comments

Below you will see all the comments, written on this article