Other articles
Our most recent articles
Happy Valentine Day
no komen xD
Published on 14 Feb 2017

Salam dan hai , hari ini adalah merupakan hari valentine day ataupun hari kekasih .Saya dan staff-staff yang lain mengucapkan selamat hari kekasih kepada anda semua di peace hotel. Di mana cinta itu adalah buta dan tidak nampak apa yang kita cari tetapi hanye hati sahaja yang berbicara. Saya bukan menyokong tetapi kali ini cinta itu memang berhak ada dalam diri dan apabila merindui seseorang cuba dengar lagu yang selalu ingat kan si dia. Ucapan ini khas untuk anda semua :

Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.

ku umpama sekuntum mawar, cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita. Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.
#Maaf kerana post ini tidak mempunyai sebarang madah cinta yang anda ingini, maka kerana itu saya edit post ini khas buat anda semua para pencinta. Selamat hari kekasih untuk semua yang sedang bercinta dan untuk semua yang sedang dalam perjalanan mencari cinta.
Newbie:

Comments
Below you will see all the comments, written on this article